Welcome to my blog
..::FOLLOW ME::..
Tuesday, October 27, 2009
Monday, October 26, 2009
Bertemu setelah berpisah...!!
Tapi sebelum pi hantar adik hari tu ...aku dapat menghubungi teman lamaku..Azura,bestnya..rindulah,dah lama kami terpisah hmpir 22tahun...sekarang ni masing2 dah berkeluarga...dah petang tadi dia call..apalagi macam2 ceritalah kami bualkan...berjam2 lah juga ,kebetulan tgh free..sronok dgr cerita dia..bertuah badan...byk tempat dia melancung almaklumlah hubynya plak mat saleh dr england..manager tu...!!apapun aku tumpang gembira dgn kehidupannya yg success tu..moga dia lebih bahagia dgn familynya..!!
Bukan satu tapi dua orang teman lamaku dapat ditemukan lagi...mariatun,dia bukan saja teman lama tapi juga ku anggap seperti adikku juga...wlupun belum bertemu lagi kerana dia fly away..tp aku gembira sangat..harap dapat mendengar suaranya plak..almaklumlah jauh..lagipun aku cari dia melalui FB..dia dah approve kena tunggu dia balik baru dpt contact..tak sabarnya..hampir 20tahun terpisah ...lama tu!!!
Saturday, October 17, 2009
My Annivessary...!!
Sepanjang melayari perkahwinan, kami dikurniakan 4 cahayamata walaupun telah kehilangan 1 cahayamata@anak sulung yang hanya 1tahun 6bulan bersamanya setelah kembali ke rahmatullah..yang tinggal 3 ja..2 girl+1 boy..yang 3 ni memang mcm2 ragam..
Sebenarnya disebalik tarikh 17 okt 2009 ni ada makna yg tersirat...tak sangka pula 19tahun yang lalu ketika kami diijabkabul iaitu pada 17 okt 1990 sambutan depavalli jatuh pada hari tu dan hari ini ulangtahun ke 19 pun jatuh pada hari deepavalli juga...memang tak sangka..!!!
Harapanku...macam2 yang aku harapkan pada perkahwinanku moga berpanjangan hingga ke akhir hayatku....dilindungi oleh Allah swt dari segala dugaan dan cabaran...amin!!
Friday, October 16, 2009
Terkenang semasa dulu..!!
di zaman sekolah & remaja
Temanku....
Rasanya tak ingin berakhir
Saat kita rasa bahagia
Temanku....
Terlalu indah tuk dibayangkan
Terlalu manis untuk di kenang
Karena engkau ku ada di sini
Kau selalu ada di hatiku
Temanku....
Terima kasih telah memilihku
Ku kan selalu mengingatimu
Melantunkan melodi terindah
Hanya untukmu

Teman baikku... Che Sara


bersama Yatie...

kakak angkat ku yg sudah lama tak jumpa...dimanakah dikau..!!

..semasa di tingkatan5...hari kantin SM Seri Intan
tarian gamelan diajar oleh Cikgu Pn Norhayati
cikgu persatuan kebudayaan sekolahku...!!


...di Sandakan Sabah..
sekolah rendah ni dalam kem askar
masa ni aku ikut arwah abah yg bertugas disana..
kami tinggal di Sabah selama 3tahun
dapatlah rasa tinggal dekat negeri dibwh bayu
Walaupun dalam darjah2-4
tapi banyak juga kenangan yg aku ingati
semasa disana...!!!
Saturday, October 10, 2009
Hadiah dari untie..!!
Hadiah dari Untie Kharibah
mlm tadi lepas untieku balik keja terus call nak buat kek utk yana..masa tu lebih kurang pkl 10pm..sian dia penat2 pun nk buat juga untuk anakku sempena harijadi yg ke 16thn..hampir pkl 3am baru siap kek tu..tapi pukul 5.30am baru kami pi ambil kat umhnya yg agak jauh la juga..sbnrnya dia nak pi keja pkl6 tu yang pi ambil pagi2 buta ..
si yana pun ikut sama,nyebuk ja.. pantang nak kuar ja nak ikut..!!
apapun kek tu mmg sedap..sehingga menjilat jari!!


Friday, October 9, 2009
gi terapi lagi..!!
dah lama dok celup kaki dlm lilin
smlm tukar cara lain pulak
rendam dalam air panas yg berkocak
smbil buat ni ..berangan2 konon kat spa lah..hu..hu!!
lepas 15minit...siap
mmg best mcm kena urut


jap ja tak lama..!!

paip nak buh air panas..!!

meter kelajuan ombak air.. he.he...aku pn taktau rasa2nya lah

kat dlm air tu rasa mcm kena urut...

hari2 buat spa ni (ayat ku guna sndiri) pun ok gak..!!

segar rasanya...kurang sedikit rasa sakit di tumit..
Tuesday, October 6, 2009
Selamat Ulangtahun Ke 16..!!
HAPPY BESDAY YANG KE16
BELAJARLAH RAJIN2 DAN
TAAT KEPADA ALLAH
SERTA IBUBAPA
JADILAH ANAK YG BERWAWASAN
CEMERLANG
GEMILANG
TERBILANG
Monday, October 5, 2009
Toklang & Tokteh...
semalam lepas siapkan kerja2 yg ada terus ja bersiap nak gi spital p.pinang.. ziarah toklang yg dah hmpir beberapa hr terlantar di situ..sebelum ni dia ada masuk juga kat situ potong 2jari kaki..tp smlm dah kena potong sebelah kaki sampai kat bawah lutut,sian toklang...sedih tgk dia...kat dalam family di Penang ni tinggal 2org ja pangkat tok@nenek pd cucucicit sini iaitu toklang & tokteh..umur depa dah 80 thn lebih,tp tokteh juga dah tak larat nak bangun terlantar dikatil umhnya tp dia tak sakit mcm toklang...mungkin sbb dia tak keja kuat mcm toklang masa muda2 dulu... kedua2 tok sedaraku ni penyayang orangnya walaupun uzur mereka tetap kenal anak cucu kalau di bisikkan ke telinga krn pandangan mata dah kabur...pada toklang & tokteh moga cepat sembuh...


meh kita baca sama-sama....
KARANGAN TERBAIK UPSR 2007 ... HAHA
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.















