Naik Buai...
Majlis dah lama tapi untuk kenangan ku paparkan di sini...Inilah satu2nya anak lelaki tunggalku setelah mempunyai 3cahayamata perempuan...Muhammad Faezhi Amsyar yang dilahirkan pada 25hb december 1999,penutup tahun90an ...menuju era baru tahun2000.Sebenarnya sebelum dia dilahirkan aku dah mencari nama ini untuknya...nak dijadikan cerita kebetulan dokter yang menyambut kelahirannya pula bernama Dr.Faezah,orang melaka dan anakku ini adalah baby pertamanya yang dia sambut sejak bergelar dokter...bersama seorang lagi dokter yang aku sendiri dah lupa namanya....terimakasih dokter dan pihak HUKM Cheras yg ramah dan layanan yg best sekali...disebabkan terlalu gembira dan berhajat sekiranya dikurniakan anak lelaki aku dan keluarga nak buat majlis naik buai dan cukur rambut...dan setelah pulang ke rumah abahku di Tapah,kami pun buatlah majlis ini..bertempat di surau TamanTapah,Perak
sampai hujung sana....<<
No comments:
Post a Comment