..::FOLLOW ME::..

Tuesday, August 11, 2009

Farah Nabila dlm kenangan...1991-1992

FARAH NABILA
1 2 hb Julai 1991-15 hb Desember 1991
1tahun 6bulan(@hydrocepalus

Inilah anak sulungku..dilahirkan di hospital daerah tapah pada 12hb july1991 yg lalu,sembilan bulan di dalam kandungan akhirnya lahirlah anak sulungku ketika umat islam meraikan sambutan awal muharram..namun sejurus dia dilahirkan dia di pindahkanke hospital besar ipoh kerana dijangkiti demam kuning...Walau bagaimana pun sehari sahaja dia diletakkan di bawah lampu biru kerana ujian darah ,menunjukkan dia tidak lagi dijangkiti demam kuning,alhamdulillah .....
Kegembiraan ketika itu tidak bertahan lama kerana anakku terpaksa dipindahkan ke hkl kerana ada masalah di dalam kepalanya..dia di bawa oleh ambulan ke hkl ditemani abahnya sementara aku menaiki kereta bersama keluarga yg lain kerana masih lemahmelahirkannya.......
Setelah dia di tempatkan di wad neurologi aku menziarahinya..alangkah sayu dan sebaknya hati tatkala melihat anak kecilku merengek didalam katil baby hospital,kaki dan tangannya ada saluran tiub,kesian kecil-kecil lagi dia sudah kena jarum suntikan,diambil darah ...sejak dari itu bermulalah kehidupan anak kecilku di hospital selama 1tahun 6bulan,hkl adalah rumah keduanya. Sejak usianya 5hari dia telah menjalani pembedahan pertama...sehinga keakhir usianya hampir 7 kali pembedahan dirasainya...kasihan si kecil yg tak mengerti apa2,sebagai ibu dan abahnya kami hanya mampu mendoakan yg terbaik buatnya.
Walaupun dalam kesakitan dia hanya mampu tersenyum dan ketawa apabila di usik,dalam meniti usianya dialah anak yang paling comel,kulitnya gebu kemerahan...namun ketika usianya 1tahun bermulalah saat getir dia melawan sakitnya,hampir 6 bulan kemudian anak kecilku ini sudah tidak bermaya melalui liku2 hidup di alam fana ini...ketika azan isyak baru lepas berkumandang pada malam 15hb desember 1992,anakku kelihatan tenang melepaskan nafas terakhirnya...hanya Allah sahaja yg mampu mengerti perasaan aku dan suamiku ketika itu namun aku tetap redha dengan ketentuannya.
Moga roh anak kecilku ini dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..AL-FATIHAH....AMIN
wajah terakhir anakku.... Farah Nabila






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...