Tahun ini pertama kali mama dan family berhariraya di kg kelahiran mama iaitu di Bayan Lepas,P.Pinang...selalunya hari raya ke2 barulah mama dapat beraya di situ kerana mama beraya di Perak dahulu iaitu kg sebelah suami...dan tahun ini juga pertama kali berpuasa di sini setelah pindah kesini dari KL ujung tahun lepas...memang suasana disini berbeza dgn KL..apapun kedua2nya tempat ini ada kenangan manis...dan disini ramai sanak saudara yg pulang beraya dari jauh dan dekat...memang meriah dan seronok sangat,walaupun sebelum tu mama agak penat dan kurang sihat kerana sibuk menyudahkan tempahan baju2 raya ..malam raya pula sibuk memasak juadah untuk keesokanya..rendang ayam..kuah kacang..ketupat..dll lg dan seperti biasa mama tak dapat buat kueh raya sendiri...kena tunjuk dan bayar sajalah kat pasaraya..!!
Dan paling mama suka sangat, mama dapat berjemaah bersama saudara mara di masjid Bayan Lepas menunaikan solat sunat aidilfitri...selesai solat pulang kerumah beraya bersama keluarga dan menziarah ke rumah sanak saudara...mudahan mama dipanjangkan umur dan dapat merasai lg suasana meriah aidilfitri tahun hadapan,insyaallah..!!

No comments:
Post a Comment