semalam aku dapat berita yang mengejutkan dari teman rapatku..kak siti
dengan nada yg sedih dan sebak dia beritahu padaku anaknya iwan kemalangan..
Ya Allah...aku memang turut bersedih..terasa seperti ingin ku pergi kepada temanku
menemaninya dalam mengharungi ujian ini...tp aku tinggal jauh tidak spt dahulu kami berjiran masa aku tinggal kat kl...
anaknya masih ditempatkan di wad ICU..ppum
keadaannya amat menyedihkan..doc tak dapat berbuat apa kerana pendarahannya dah tahap serius di bahagian kepala...
dia dah koma dan mengunakan bantuan hayat..
Walaupun aku jauh ..aku hanya mampu berdoa dan bertanya khabar melalui hp..
Petang ini aku menghubunginya lagi bertanya perkembangan iwan...dengan nada sebak dia bagi tahu harapan terlalu tipis ..dia redha dan hanya mampu berserah pada Allah
hatiku sebak ...sedih...teringat kenangan semasa berjiran dgnnya,anaknya memang agak lurus orangnya tp amat menyayangi ibunya...rajin membantu ibunya...mmg berat ujian yg temanku ini hadapi..tetapi di saat2 genting ni dia sentiasa disisi anaknya...berdoa,mengalunkan surah al-Quran pada anaknya..hanya itu yg mampu dia lakukan tika ini disamping berserah pd Allah..
kak...kuatkan semangatmu, tabahkanlah hati mu kak siti,dalam menghadapi detik2 cemas ini..
aku dah keluarga turut berdoa untuk anakmu...
No comments:
Post a Comment