..::FOLLOW ME::..

Saturday, September 4, 2010

TAKZIAH...

sedang aku dok menyembat jahitan ku di ruang tamu lebih kurang pukul 10pm lebih tetiba hp ku berdering,bila aku tgk pd skrin tertera nama ayu tapah..ohh anak cik anim yg cal,jiranku kat taman tapah rumah abah..bila aku jawab je tetiba berderau darahku rasa bila dengar tangisannya"kak..ayu nak bgtau ni,wan dah takde sambil tersedu sedan..dia xcident kat rwg sg buluh masa nak balik td.." Ya Allah,kau telah menjemputnya...
Kami sama2 menangis..masa tu katanya bapanya sdg bersiap nak ke hospital sb buloh..smentara mama dan adiknya dayah menangisi pemergian insan tersayang..kemudian dia memberi hpnya kepada mamanya...aku memanggil nama cik anim,dia membalas dgn suara terketar2" ..ya,wan dah takde Allah sayangkan dia ..Allah jemput dia dulu.." terus dia semakin kuat menangis,aku pn semakin sebak lg..."sabarlah cik anim..cik anim kena kuat dan tabah...'kataku sambil aku pn menangis juga..lepas tu ayu ambil balik hp kerana mamanya semakin lemah tak terdaya nak mengunkap kata2 lg..
ayu pn terpaksa tabah kerana adiknya lg sorang tu tak berapa sihat menderita sakit buah pinggang juga asyik menangis..aku nasihat padanya agar dia kuat dan tabah...
setelah abis berckp dgn ayu akupn bgtau pada adik2ku..teringat pada kak ct rupawan yg juga jiran lama cik anim,aku msg bgtau dia..dia pn terkejut juga ..
Walaupn cik anim sekeluarga jiranku tp mereka dah sperti saudaraku sendiri..dia sndiri mengangapku mcm anaknya juga,sbb tu lah terasa amat sedih sgt apa yg mereka alami ni
Lagi seminggu umat islam nak menamatkan ibadah puasa dan akan meraikan aidil fitri..keluarga cik anim menerima dugaan ini..amat sayu bila kehilangan insan yg kita sayang di bln puasa ni..
Dulu ketika aku masih dizaman sekolah menengah,Arwah ibuku juga meninggalkan kami semua seminggu sbelum raya juga..amat sedih melaluinya..begitu juga dgn arwah abah dan arwah nenda minah yg pergi ketika umat islam sibuk nk menyambut puasa..
Tiada apa yg mampu kubuatkan hanya sekalung doa dan Al fatihah yg dpt ku doakn utk arwah wan..moga rohnya diterima dan dicucuri rahmat oleh Allah swt..


Allahyarham Wan Ajid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...