..::FOLLOW ME::..

Wednesday, January 19, 2011

Al-Fatihah

Doa Ketika Mendengar Kematian Sanak Saudara
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’una wa inna ila rabbina lamunqalibuna. Allahummaktubhu ‘indaka fil muhsinina, waj’al katabahu fi ‘illiyyina wakhluf fi ahlihi fil gabirina.

Artinya: “Sesungguhnya kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi.”

semalam lebih kurang pukul11pagi adik call bg tau paklang Khalidi@adik arwah abahku masuk hospital slim river..keadaannya agak tenat,malah doc bagitahu 50/50..dah takde harapan,menurut anak paklangku masa di hospital mcm2 usaha doc buat cucuk sana cucuk sini..tp badan paklang takdak tindak balas,dia sebenarnya dah lama sakit..hampir 4bulan tak lalu makan ,difahamkan dia mengidap tibi dan paru2nya dah rosak....
aku dan adik2 pn berbincang dan sepakat nak pergi ziarah dgn menaiki sebiji kereta..anak2 pmpn aku tinggal sbb sorg masih kat sek..sorg lg si kakak kat tempat keja,tp si kakak tu nak ikut dgn alasan nk minta pelepasan kat tempat keja tp disebabkan tak muat kereta dia tak dapat ikutlah...merajuk la juga dia kejap..
adik2 aku plak masing2 kat tempat keja..makan masa la nk urus cuti atau minta excuse je..lebih kurang pukul 3ptg huby dah sampai rmh dari tempat keja..dan2 suruh aku siap nak pergi dah...aku pun call la 2 adik yg kat bayan lepas,agak jauh la dari rumahku kat farlim ni..katanya masih dok urus pelepasan dari tempat keja..makaih lamanya kena tunggu...dah dekat pukul 4ptg pun tak timbul2 lg..huby dah muka semacam je..last2 terpaksa lah pi ambik anak kat sekolah dulu balik ke rumah...
sampai kat kawasan perumahan tengok kelibat adik2ku belum sampai juga lagi...isshhh lembab sungguh la adik2 aku ni..badan je besar...dekat pukul 4.30ptg baru sampai..bertolak la kami ke slim river..
perjalanan kat highway kali ni agak merisaukan juga sbb byknya lori balak yg turun kearah selatan...bila lintas mereka tu naik seram bulu roma..besar2 sgt balak tu..adalah juga kemalangan kat jln menghala utara..lori kontena dgn lori muatan tong gas..berselerak tong2 kat jln raya...ada 2biji bomba tgh memotong lori yg bw tong gas sbb pemandunya tersepit tp masih hidup..disebabkan kemalangan tu perjalanan terganggu..selepas meneruskan perjalanan kami berhenti rehat kat r&r sg perak..lepas tu kami teruskan perjalanan lagi,sampai je kat tapah hujan punyalah lebat...masa tu kami dapat panggilan yg paklang dah kembali kerahmatullah...
innalillahiwainnailaihirojiun...Al Fatihah..moga roh arwah diterima..ditempatkan bersama org2 yg beriman dan dicucuri rahmat Allah swt


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...