..::FOLLOW ME::..

Saturday, February 12, 2011

Menangis....

RAMAI antara kita yang terlalu mudah tersinggung dan lantas menangis. Menangis dan terus menangis. Benar bukan?

Mengapa mesti mengeluarkan air mata? Bukankah air mata itu amat berharga untuk kita? Patutkah ianya dibazirkan begitu sahaja? Apa perlunya menangis?

** Ada orang menangis kerana hatinya disakiti. Apabila diperlakukan oleh seseorang dengan tindakan yang tidak digemari, mereka mudah untuk menangis. Perkara ini mudah berlaku kepada kaum wanita. Benar bukan?

** Ada juga yang menangis kerana meratapi kehilangan atau pun kematian seseorang yang amat mereka kasihi. Ibu, ayah, adik-beradik atau pun orang yang terdekat.

** Ada juga yang mengeluarkan air mata lantaran gagal untuk mengawal tekanan emosi yang terlalu menghambat diri. Mungkin disebabkan bebanan di tempat kerja atau tugasan-tugasan yang diletakkan sepenuhnya kepadanya.

** Tidak kurang juga mereka yang menangis kerana terlalu gembira. Ya, terlalu gembira juga boleh meyebabkan kita mengeluarkan air mata. Itulah yang dipanggil air mata gembira.

** tp ad jugak org menangis sbb kena marah, .. bila kena marah mula la taknak cakap, membawa diri,merajuk

oleh itu jgn la buat apa2 yg boleh menimbulkan kemarahan

Persoalannya di sini, mengapa kita menangis? Mengapa juga menangis ini sering kali dikaitkan dengan kaum wanita?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...